LIMA (5) ASAS UTAMA BERKAITAN SYUKUR
Manusia pada hari ini melafazkan
kalimah syukur itu terlalu sedikit kerana pada hari ini rasa syukur itu hanya
dapat dirasai ketika menerima berita gembira atau menerima keuntungan sahaja.
Bahkan, terkadang lupa untuk
mengucapkan rasa syukur ketika menerima gaji pada setiap bulan walaupun hanya
terima RM1 sahaja pada hari tersebut. Tetapi, tanpa sedar bahawa dengan nilai
RM1 itu anda mampu mengubah kehidupan dengan rasa syukur.
Bagaimana untuk menzahirkan rasa
syukur itu? Adakah dengan mengucapkannya dengan lafaz Alhamdulillah sahaja?
Atau anda sentiasa mengucapkan perkataan “Syukur…Syukur…Syukur….”
Kenapa ada di antara kita yang rasa kurang
rasa mensyukuri? Kerana ;
1] Selalu melihat keinginan diri
sendiri
2] Selalu melihat kelebihan orang lain
Tanpa sedar bahawa kita menidakkan
kewujudan Yang Maha Esa kerana melihat sesuatu itu dengan mata kasar sahaja.
Hakikat
Syukur
Kesyukuran
yang hakiki didirikan di atas lima asas utama. siapa mengamalkannya serta
menghayatinya maka dia adalah seorang yang benar-benar bersyukur iaitu;
1.
Merendahkan diri terhadap yang
disyukuri iaitu Allah SWT, kerana orang yang bersyukur tidak akan sombong,
tidak akan takabbur samada kepada Allah SWT atau sesama manusia.
2. Rasa
cinta terhadap Pemberi Nikmat iaitu Allah SWT, kerana rasa bersyukur itu tidak
akan timbul pada diri seseorang yang tidak suka, benci terhadap orang lain,
lebih-lebih lagi kepada Allah SWT
3.
Mengakui seluruh nikmat yang Dia
berikan. Tanpa pengiktirafan terhadap jasa, kebaikan nikmat yang diberikan
bagaimana rasa syukur akan timbul dalam diri seseorang apabila merasakan apa
yang dimilki adalah dari dirinya sendiri, tanpa bantuan orang lain.
4. Sentiasa memujiNya atas nikmat yang
diberikan kerana gembiranya, penghargaannya, pengiktirafannya terhadap nikmat
yang diberikan.
5.
Tidak menggunakan nikmat untuk sesuatu
yang dibenci oleh Allah SWT kerana ia akan mengundang kemarahan, kebencian
orang yang memberi nikmat, dan tindakan tersebut menunjukkan sikap biadap,
tidak mengharmati serta tidak mengenang jasa.
Jadi, jom kita audit semula diri kita
tentang SYUKUR dan juga diri kita. Adakah kita di kalangan orang-orang yang
sentiasa mensyukuri rasa dan nikmat yang diberi olehNya? Atau kita hanya
sekadar merasakan nikmat itu hanya ketika kita dapat apa yang kita mhukan?
Mulakan rasa itu dari hati dengan
latihan menulis 7 perkara yang membuatkan anda rasa syukur pada hari ini.
Silakan berkongsi rasa syukur anda.
SILAKAN SHARE
#SatriaCinta
#CoachNoraZyan
#ThePowerofSyukur
Next posting nak share pula tentang cara mudah untuk konsisten tentang cara bersyukur.
Comments
Post a Comment